Pages

Saturday, December 4, 2010

SEJARAH MALAYSIAN MALAYSIA

Ø  Gagasan Malaysia telah ditentang oleh Indonesia dan Filipina.
Ø  Filipina menuntut haknya terhadap Sabah sebagai hak warisan Kesultanan Sulu.
Ø  Indonesia melancarkan konfrontasi & membangkitkan isu perkauman dengan menghidupkan kembali sentimen Nusantara dlm kalangan penduduk keturunan Melayu. Kesannya timbul ketegangan hubungan antara kaum di Malaya & Singapura.
Ø  Antara tahun 1963-1965 – kewujudan Singapore dalam Malaysia juga telah menimbulkan ketegangan hubungan antara org Cina & Melayu.
Ø  Singapura tidak senang kerana tiada pemimpin mereka dlm Kabinet Menteri Persekutuan sekalipun Singapura diberikan 15 kerusi dalam Dewan Rakyat.
Ø  Hubungan antara Tunku dgn Lee Kuan Yew (LKY) & pemimpin PAP tidak baik setelah kerajaan Singapura mengadakan pilihanraya secara tergesa-gesa 5 hari selepas Malaysia ditubuhkan. PAP menang 37 daripada 51 kerusi Dewan Perundangan Singapura.
Ø  Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan Singapura pimpinan Lim Yew Hock & Hamid Jumat telah kalah. Kekalahan ini mengecewakan Tunku kerana Parti tersebut mendapat sokongan daripada Perikatan di Malaya.
Ø  Pemimpin PTM juga tidak senang dengan tindakan LKY yg menubuhkan cawangan PAP di Malaya untuk menyaingi pengaruh MCA dalam kalangan orang-orang Cina di Malaya.
Ø  PAP juga berhasrat untuk bertanding dalam pilihanraya Parlimen Malaysia 1964 walaupun pada 9 Sept 1963, LKY berjanji tidak akan bertanding untuk merebut kerusi parlimen di Semenanjung. PAP cuba memotong jalan MCA dalam parlimen Malaysia dan dalam Parti Perikatan.
Ø  Dalam pilihanraya April 1964, PAP meletakkan 9 orang calon untuk menentang MCA. Walaubagaimanapun kempen PAP di Malaya tidak berkesan. Pemimpin UMNO berjaya meyakinkan pengundi bahawa dasar PAP itu berbahaya untuk negara berbilang bangsa & akan memecahkan perpaduan rakyat.
Ø  PAP hanya menang 1 kerusi di kawasan Bangsar yang diwakili oleh Devan Nair. Kebanyakkn calon hilang wang pertaruhan. Campurtangan PAP dalam pilihanraya di Semenanjung menyebabkan LKY mula dipandang serong oleh Perikatan.
Ø  UMNO Singapura menyusun strategi untuk bangkit membela nasib orang Melayu.
Ø  Pada bulan Julai 1964, berlaku rusuhan kaum di Singapura ketika orang-orang Melayu mengadakan perarakan sambutan Maulidur-Rasul. Berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan ahli PAP. Rusuhan itu mencederakan & mengorbankan beratus orang. Perintah berkurung diisytiharkan di kawasan terlibat.
Ø  Beberapa siri rusuhan yang berlaku adalah sebagai cetusan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap kerajaan PAP yang tidak menghiraukan kepentingan mereka. Orang Melayu mahukan pembelaan seperti yang berlaku di Semenanjung.
Ø  LKY menuduh rusuhan itu sengaja diadakan oleh pelampau dalam UMNO agar darurat diisytiharkan di Singapura. Sebaliknya Syed Jaafar Albar menyalahkan LKY merancang rusuhan untuk kepentingan peribadinya.
Ø  Masalah orang Melayu Singapura dan mereka berhasrat mereka mendapat sokongan daripada pemimpin Melayu Semenanjung. Tun Abd Razak (TPM Malaysia) bertemu Goh Keng Swee (TPM Singapura) pada 28 Julai 1964 ,  meminta PAP menubuhkan kerajaan campuran & LKY melepaskan jawatan sebagai PM Singapura. Kedua-dua kerajaan (Singapura & PTM) tidak akan campurtangan dalam urusan politik negeri masing-masing.
Ø  Kerajaan Singapura juga diminta menguruskan hal-ehwal orang Melayu dan PAP diingatkan agar tidak mempengaruhi orang Melayu agar menyokong PAP. Cadangan ini ditolak oleh PAP.
Ø  Pihak UMNO di Malaya juga sangat tidak berpuas hati dengan sikap Singapura & LKY yang cuba mengungkit-ungkit isu hak istimewa orang Melayu & niat PAP untuk mengubah corak pemerintahan kabinet Malaysia.
Ø  LKY mahu menghakis imej pemerintahan Malaysia yg dipimpin oleh orang Melayu dengan memperkenalkan konsep “Malaysian Malaysia”
Ø  LKY menunjukkan cita-cita PAP untuk memerintah Malaysia dengan menggantikkan MCA sebagai rakan kongsi UMNO. Kempen “ Malaysian Malaysia” diperhebat & berjaya menarik sokongan parti-parti Cina seperti SUPP di Sarawak, MACHINDA (sebuah kelompok berbilang kaum yang kecil di Sarawak), United Democratic Party & People’s Progressive Party di Semenanjung. 
Ø  Pada 9 Mei 1965, parti-parti tersebut bermesyuarat dan telah membentuk Malaysian Solidarity Convention (MSC) atau Perhimpunan Setiakawan Malaysia. Dua minggu selepas Konvensyen MSC, LKY memperlihatkan hasratnya untuk menguasai Dewan Rakyat Malaysia dan membentuk kerajaan.
Ø  Konsep “ Malaysian Malaysia” yang diperjuangkan oleh LKY itu sebenarnya mencabar satu daripada syarat dalam Perjanjian Malaysia – Kedudukan istimewa orang Melayu dan peribumi Sabah & Sarawak sebagai bumiputera tidak boleh diungkit.
Ø  LKY juga membangkitkan bahawa isu kemiskinan orang bumiputera bukan boleh diringankan dengan memberikan hak istimewa. Citra pemerintahan Malaysia yang memberikan hak ini kepada orang Melayu ditentang oleh PAP. Propaganda PAP menimbulkan ketegangan antara orang Melayu & bukan Melayu hingga timbul desakan untuk menangkap LKY.
Ø  Pd 12 Mei 1965, sekumpulan pemuda UMNO telah berhimpun di luar Dewan Masyarakat Kg.
Datuk Keramat, KL untuk membakar patung LKY. 4 hari kemudian, ramai orang Melayu berpiket di perkarangan bangunan DBP mempamerkan poster dan sepanduk yg mendesak penggantungan perlembagaan Singapura dan penangkapan LKY.
Ø  Menjelang Julai 1965, Utusan Melayu melaporkan bahawa PAP menentang Kedaulatan Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Ø  Tindakan PAP membawa padah kepada perhubungan antara org Cina & Melayu.
Ø  Disebabkan kebimbangan terhadap hubungan kaum yg bertambah merosot dan sentimen kaum yang berleluasa, Tunku mula memikirkan kembali apakah patut Singapura berada dalam Malaysia? Krn lebih banyak mendatangkan kesulitan daripada kebaikan.
Ø  Pada 7 Ogos 1965, perjanjian pemisahan dengan Singapura telah ditandatangani dan disahkan pada persidangan parlimen Malaysia pada 9 Ogos 1965.
Ø  Perpisahan Singapura menunjukkan bahawa untuk melestarikan hubungan inter-etnik yang tenteram dan aman, syarat-syarat yang terkandung dalam perlembagaan tidak boleh digugat.
Ø  Isu-isu yang sensitif tidak boleh dieksploitasi oleh mana-mana pihak sehingga boleh menyalakan api perkauman dan mengancam hubungan kaum. Hal ini terbukti lagi apabila berlaku rusuhan kaum pd 13 Mei 1969.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...