Pages

Thursday, October 24, 2013

Amalan banteras rasuah lemah meskipun polisi anti rasuah ketat


Meskipun beberapa negara Asia termasuk Malaysia mempunyai undang-undang anti rasuah yang ketat, penggunaan polisi berkenaan diperingkat pelaksanaan yang lemah menyebabkan beberapa negara mempunyai kadar rasuah yang tinggi, merujuk kepada laporan kajiselidik Asia-Pacific Fraud Survey Report Series 2013.

Laporan berkenaan mendedahkan syarikat di negara Asia dengan kadar pendapatan melebihi RM1.5 bilion setahun daripada sektor industri kepada peruncitan dan sumber asli mempunyai kemungkinan menggunakan kaedah rasuah bagi mendapatkan perniagan mereka.


Malah, responden kajian berkenaan turut mendapati keadaan ekonomi semasa yang merundum juga mengakibatkan kebarangkalaian pengamalan rasuah yang tinggi.

Berbanding kadar 48 peratus responden di negara Asia Pasifik merasakan polisi anti rasuah mereka tidak proaktif dalam amalan, 59 peratus responden di Singapura, antara negara yang kurang korup di dunia merasakan polisi mereka berkensan, namun tidak dalam pengamalan.

Pakar Runding akauntan Ernst and Young, dalam kaji selidik melibatkan 600 penjawat eksekutif kanan di Asia Pasifik termasuk Australia, China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Singapura, Korea Utara, dan Vietnam mendapati terdapat jurang yang besar antara amalan dan polisi anti rasuah di negara-negara terbabit.

Masalah rasuah yang kini sedang dibanteras oleh 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kerajaan Malaysia menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi kerajaan dalam menangani rasuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, merujuk kepada laporan Transparency International Malaysia pada Julai lalu berkat hanya lima peratus rakyat Malaysia terlibat dalam rasuah.

Isu berhubung rasuah dan kedudukan negara yang berada tahap rendah adalah sekadar persepsi rakyat, sedangkan hakikatnya secara realiti ia tidaklah seburuk yang disangka.

Mainan politik beberapa pihak mengakibatkan persepsi tingginya gejala rasuah turut menumbang kepada perkara berkenaan.

Buktinya, sejak pengenalan NKRA, gejala rasuah yang direkodkan semakin menurun dan usaha penguatkuasaan tanpa memilih bulu pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjadi bukti kerajaan komited untuk mencapai rasuah sifar.

Beberapa siri siasatan dan tangkapan melibatkan pemimpin politik dan individu berkaitan seharusnya boleh dinilai rakyat Malaysia bahawa rasuah tidak mengenal warna kulit, fahaman agama, pegangan hidup, mahupun parti politik.

SPRM seharusnya diberikan galakan dan skongan yang tinggi berbanding kritikan dan tohmahan yang tidak berasas atas usaha mereka membanteras rasuah.

Hasil kaji selidik berkenaan jelas menunjukkan meskipun undang-undang kawalan rasuah dan polisi yang digunapakai dalam membanteras rasuah begitu efisien, pelaksanaan secara menyeluruh individu itu sendiri memainkan peranan untuk mengawal gejala tidak sihat berkenaan daripada berterusan.

Justeru, rasuah bukan penyakit yang hanya tertumpu kepada sesetengah individu, sebaliknya ia mampu menjadi barah yang akan memusnahkan kehidupan dan negara.

Daripada meleparkan tuduhan dan kritikan, lebih elok jika tenaga digembleng bersama-sama bagi memastikan gejala ini daripada terus menular di dalam negara.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...