Pages

Saturday, October 5, 2013

Dr. Mashitah: Dalam Kesederhanaan Ada Ketokohan





Senator Dato Dr Mashitah Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Dr. Mashitah bukan wanita biasa. Nama beliau pernah direkod dalam senarai 500 orang tokoh Islam yang berpengaruh bukan di Malaysia tetapi diseluruh dunia oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre.

Selain Dr. Mahitah, pusat penyelidikan bebas yang berpusat di Amman, Jordan dalam edisi 2012 yang lalu turut menyenaraikan pendakwah popular kelahiran Amerika Syarikat Imam Suhaib Webb.


Pengiktirafan itu sememangnya wajar berdasarkan kelayakkan beliau yang mempunyai PHD terutama didalam bidang Shariah Islamiah, Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir.

Mungkin ramai yang tidak perasan, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini juga telah menghasilkan empat buah buku dimana tiga telah diterbit dan satu lagi bakal diterbitkan dalam masa terdekat. Buku-buku beliau telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain daripada buku, beliau juga turut menjadi kolumnis dibeberapa buah surat khabar utama tanahair seperti Sinar Harian dan Metro. Beliau juga turut menjadi panel pelbagai forum terutama berkaitan agama kerana itu adalah bidang kepakaran beliau.



Nama beliau di dalam politik mula menyinar apabila dalam PRU11, beliau berjaya menewaskan bekas Imam Masjid Negara, Ustaz Taib Azamudden Md Taib yang mewakili PAS dengan majoriti 4,229 undi.

Keputusan yang cemerlang telah membawa naik ke satu tahap lagi apabila dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri dan bertanggungjawab mengenai pelbagai isu semasa berhubung dengan agama Islam.

Selepas itu, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui lantikan Senator.

Berdasarkan pengalaman luas beliau, adalah suatu perkara yang serius yang perlu diambil kira oleh perwakilan untuk menyerap masuk beliau di dalam saf kepimpinan Wanita UMNO hari ini.

Kemasukan beliau yang mempunyai latar belakang agama yang kuat dilihat mampu untuk menarik lebih sokongan wanita ke dalam UMNO supaya Wanita UMNO lebih di geruni bukan sahaja kerana bijak menjana dunia tetapi didalam masa yang sama mampu membina jalan ke akhirat dengan cara yang lurus dan benar.


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...