Pages

Friday, October 4, 2013

Jangan Sia-Siakan Perjuangan Kita



Harapan saya Mohamad Nazari Ahmad calon exco pemuda UMNO Malaysia No 75 adalah supaya generasi anak muda akan sentiasa dijadikan anchor dalam pembangunan negara dan supaya peranan dan jasa kita sbg pemuda akan sentiasa diakui oleh pentadbir dan pimpinan tertinggi, sumbangan yang boleh diberi menjadi mekanisme atau mediator atau wasilah yang efektif dalam menyampaikan suara golongan muda.

Ia juga sebagai satu usaha memartabatkan suara golongan muda dalam institusi kepimpinan negara dan juga menjadi landasan kepada rakyat secara am. Jika diberi peluang menduduki kerusi exco, saya akan menggunakan kesempatan ini untuk membawa isu golongan muda dan bumiputera secara lantang dan terus kepada pimpinan tertinggi parti yang juga pimpinan negara serta setiap luahan hati anak muda dan rakyat diperingkat akar umbi dibawa dengan jelas untuk perhatian pucuk pimpinan UMNO.


Selain itu harapan untuk membina teras dan memperjuangkan kepada golongan muda ke arah mempekasa ekonomi dan pendidikan keusahawanan agar setanding atau lebih hebat dari kaum-kaum lain. Sahabat-sahabat saya dalam pemuda pastinya mengharapkan suara lantang melalui pimpinan muda yang dilantik agar pimpinan tertinggi UMNO memberi perhatian dan membuka mata, “martabatkan ekonomi bumiputera dan anak muda demi Agama,Bangsa dan Tanahair”

Saya juga berdoa dan memastikan martabat Islam dan kedudukan raja-raja Melayu terus terpelihara dan terjaga, seiringan bersama aspirasi kepimpinan Dato’ Seri Najib dan kerajaan agar terus relevan dan diterima oleh golongan muda serta rakyat amnya.

Saya juga akan pastikan bahawa visi anak muda yang dinamik dalam perjuangan UMNO . Pemuda yang dibentuk “oriented academic dan intellectual”. Approach Pemuda bukan sekadar partisan politik tetapi more on islamic movement establised bersama kerajaan.

“Jangan sia-siakan perjuangan kita, Tulus,Ikhlas dan Tawakal”


- ob21.net

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...