Pages

Monday, November 4, 2013

ISU TINGKAT 4 KBS: SPRM JANGAN TIDOO!!!!

Kita semua kini sudah sedar, usaha keras SPRM untuk membanteras rasuah di dalam negara ini telah berjaya membuahkan hasil. Buktinya kajian yang dibuat oleh badan bebas pemantau rasuah antarabangsa, Transparency International (TI) mendapati Malaysia berada dalam kelompok 15 negara yang terbaik di dunia dalam kajian indeks Barometer Rasuah Global 2013 (Global Corruption Barometer 2013).

Rumusan itu  berdasarkan kurang lima peratus daripada responden yang ditemuduga dalam kajian mengaku pernah memberi rasuah ketika berurusan dengan mana-mana satu daripada lapan agensi kerajaan terpilih, menjadikan keadaan di negara ini lebih baik dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Italy.

Siasatan yang dijalankan oleh SPRM tidak hanya merangkumi siasatan sahaja, tetapi ia akan melibatkan Bahagian Siasatan, Bahagian Perisikan dan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Bahagian Operasi Khas.


Siasatan tidak hanya menjurus kepada kes rasuah semata-mata, tetapi turut membabitkan kesalahan yang boleh dikesan yang membabitkan agensi-agensi dan kementerian-kementerian yang terlibat.

Dari segi pengurusan aduan, SPRM menggunakan Sistem Pengurusan Aduan (CMS) di mana pengadu boleh bertanya apa perkembangan aduan yang telah mereka berikan dan SPRM boleh boleh memaklumkan status siasatan aduan.

Tetapi dalam kes KSU KBS, Datuk J apa tindakan SPRM????

Aduan telah dibuat, siasatan telah dijalankan tapi...MANA DIA TINDAKAN?????

Mungkin ada sesetengah pembaca tidak mengetahui apa kesalahan yang telah dibuat oleh Datuk J. Meh sini aku habaq kat hangpa semuaa..

Pada tahun 2012, Datuk J ini telah melantik kontraktor yang juga merupakan proksi beliau untuk kerja-kerja renovate hiasan dalaman di tingkat 4 KBS. Bajet projek ini bukan ciput tapi lebih rm500 ribu woo. Berapa banyak duit telah dibazirkan di situ.

Bukan jeles dengan rezeki orang tetapi kalau nak mencari rezeki tu biarlah secara halal dan mengikut prosedur. Tapi wajarkah seorang pegawai tinggi dalam kementerian melantik kontraktor tanpa mengikut prosedur kewangan yang ditetapkan. Sudah tentu beliau mempunyai kepentingan dalam lantikan kontraktor tersebut.

Ini bukan tuduhan palsu atau sengaja diada-adakan tetapi telah terbukti. Mengikut hasil siasatan SPRM setelah dibuat aduan, jelas Datuk J tidak mematuhi prosidur kewangan kerajaan seperti yang sepatutnya.

Pada februari 2013, SPRM telah pun menulis surat kepada pengurusan KBS berhubung ketidakpatuhan itu dan mencadangkan agar tindakan di peringkat kementerian dikenakan terhadap Datuk J tetapi malangnya sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Lebih mengecewakan lagi, Datuk J bukan sahaj tidak dikenakan tindakan, malah beliau dinaikkan pangkat pula kepada KSU tidak lama selepas itu. Apa sudah jadi dengan sistem dinegara ini. Orang yang tidak mempunyai integriti terus diberi kedudukan tinggi dalam kementerian. Selain SPRM, adakah Ketua Setiausaha Negara juga tido dengan melantik beliau untuk menerajui KBS???

Untuk pengetahuan semua SPRM dan KSN, setelah terbongkarnya siapa dalang dalam isu KPOP, Datuk J sekarang ini telah mengugut pegawai2 di KBS dengan pelbagai ancaman bagi menutup kelemahan beliau sendiri.


Ini baru beberapa bulan sejak beliau menerajui KBS. Cuba bayangkan sekiranya beliau terus kekal lama, pastinya lebih banyak yang akan timbul sekaligus memburukkan lagi imej kerajaan di mata rakyat.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...